30 March, 2010

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BAGI TAHUN 2010 KALI KE-36

Tarikh : 5 Februari 2010
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Terbuka SMK Hamid Khan

Agenda Mesyuarat :
1.0 Ucapan-ucapan
1.1 Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Sementara
1.2 Ucapan Tuan Pengetua SMK Hamid Khan
1.3 Ucapan YDP PIBG sesi 2009/2010
1.4 Ucapan perasmian oleh YB Senator Dato’ Azian b. Osman
2.0 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-35
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Membentang Penyata Tahunan PIBG berakhir pada 31 Disember 2009
5.0 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan 2009
6.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011
7.0 Membincangkan usul-usul
8.0 Ucapan Penanggguhan


1.0 Ucapan-ucapan
1.1 Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Sementara
Tn. Hj. Jamaluddin sebagai pengerusi majlis mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru demi menjayakan mesyuarat Agung PIBG untuk kali ke-36. Seterusnya, beliau menjemput Ustaz Mohd Asri b. Ibrahim untuk bacaan doa.

1.2 Ucapan Tuan Pengetua SMK Hamid Khan
En. Mior Ahmad B. Ri mengalu-alukan kedatangan AJK PIBG, ibu bapa dan guru-guru serta mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Tuan pengetua memaklumkan kepada para hadiran tentang jumlah terkini bilangan pelajar SMK Hamid Khan iaitu seramai 817 orang ( Melayu- 58%, Cina-21 %, India-18% dan Orang Asli- 4%).
Beliau juga turut menyatakan program-program yang di ajurkan oleh pihak sekolah bagi tujuan meningkatan prestasi pelajar seperti Program Nilam, Program Latih Tubi, kelas gabungan, kelas tambahan dan kelas malam. Selain itu, beliau turut menyentuh tentang penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum seperti unit badan berunifom, persatuan dan permainan yang merupakan elemen penting untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam.
Selain itu, beliau turut menyentuh tentang disiplin pelajar yang semakin merosot kebelakangan ini. Pelbagai salah laku yang dilakukan oleh pelajar seperti merokok, merosakkan harta benda sekolah, datang lewat ke sekolah, ponteng sekolah, tidak memulangkan buku teks dan pergaduhan antara kaum. Bagi menangani masalah ini beberapa langkah telah diambil oleh pihak sekolah. Antaranya memperkenalkan sistem kad keluar ke tandas, memberi amaran kepada pelajar bermasalah dan bagi kes yang melibatkan pergaduhan antara pelajar, pihak sekolah tidak akan berkompromi dengan membuat laporan pada pihak polis.
Selain itu, terdapat juga kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada pihak sekolah seperti Skim Pinjaman Buku Teks, Biasiswa Kecil Persekutuan, pakaian seragam, dan peruntukan kewangan sebanyak RM 12.40 seorang untuk pelajar yang tinggal di asrama. Beliau juga menyarankan ibu bapa memberi kerjasama untuk membayar yuran tambahan sebanyak RM 43.50 untuk tujuan memberi nota dan latihan kepada pelajar.

1.3 Ucapan YDP PIBG sesi 2009/2010
En. Khairulazman b. Khamis mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Melalui kerjasama daripada pihak PIBG dalam melaksanakan sesuatu program akan melahirkan masyarakat sekolah yang cemerlang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana kehadiran ibu bapa yang memuaskan. Beliau juga menyatakan bahawa PIBG merupakan saluran komunikasi antara pihak ibu bapa dan sekolah.
Beliau juga turut menyentuh tentang isu-isu permasalahan berkaitan yang semakin meningkat. Oleh itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan di rumah terutamanya memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana pelajar yang bermasalah kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa semasa berada di rumah dan kurang asas agama yang merupakan aspek penting dalam mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar.
Di samping itu, program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah kurang mendapat sambutan daripada pihak ibu bapa. Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku kerana antara pihak sekolah dan ibu bapa perlu mempunyai hubungan yang rapat.

1.4 Ucapan perasmian oleh YB Senator Dato’ Azian b. Osman
Beliau mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau sebagai perasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36.
Dalam ucapan, beliau telah menegaskan tentang kepentingan pelajaran yang merupakan aspek utama yang membantu pelajar keluar dari kancah kemiskinan. Melalui ilmu taraf hidup masyarakat dapat ditingkatkan. Menurut beliau, kadar miskin tegar telah menurun kepada 2% disebabkan oleh kesedaran masyarakat Malaysia tentang kepentingan ilmu.
Bagi menaikkan taraf infrastruktur sekolah, beliau telah meluluskan projek siar kaki dari kantin ke bangunan baru, pemberian sebanyak dua buah komputer dan dua buah mesin pencetak untuk kegunaan sekolah.
Seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36.

2.0 Membentangkan dan mengesahkan Minit mesyuarat Agung kali ke-35
Setiausaha PIBG, Tn haji Jamaluddin b. Ani membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Hamid Khan ke-35.
Pengesahan minit mesyuarat lalu:
Pencadang : En. Abd Jalil b Othman
Penyokong : Pn Fauziah bt Osman

3.0 Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

4.0 Membentang Penyata Tahunan PIBG berakhir pada 31 Disember 2009
Pn. Noor Huwaina bt Mohd Shuhaimi membentangkan penyata kewangan tahunan PIBG dari 1 Januari 2009 dan berakhir 31 Disember 2009.

5.0 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan 2009
Pn. Noor Huwaina menjelaskan kepada ibu bapa beberapa persoalan yang telah timbul ketika pembentangan penyata kewangan 2009. Antara persoalan yang timbul adalah:
5.1 Konsep ‘Jamuan Hari Raya Perdana’
Pn. Noor Huwaina menjawab majlis tersebut melibatkan semua kaum tidak kira pihak guru mahupun pelajar. Pada hari tersebut guru akan memasak hidangan untuk para pelajar. Majlis tersebut tidak khusus kepada pelajar dari kaum Melayu sahaja malah ia juga melibatkan pelajar dari kaum yang lain. Misalnya setiap kaum akan membuat persembahan untuk memperkenalkan budaya masing-masing.
5.2 RIMUP
Tn Hj Jamaludin menjelaskan RIMUP merupakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah.

6.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011

BIL. NAMA dan JAWATAN
1. En. Sailan b Ahmad (YDP)
2. En. Razak b Hussin (NYDP)
3. Tn Haji Jamaluddin b Ani (Setiausaha)
4. Cik Ariza bt Abdullah (Naib Setiausaha)
5. Pn. Noor Huwaina bt Mohd Shuhaimi (Bendahari)
6. En. Hamid b Latif (AJK IBU BAPA)
7. En. Ramachandran a/l Subramaniam (AJK IBU BAPA)
8. Ustaz Hamdi b Othman (AJK IBU BAPA)
9. Pn. Tursina bt Wagi (AJK IBU BAPA)
10. Pn. Robeah bt ramli (AJK IBU BAPA)
11. Pn. Rosnah bt Abdullah (AJK IBU BAPA)
12. Pn. Hjh Roslina bt Mohammad (AJK IBU BAPA)
13. Pn. Nor Ezah bt Daud (AJK IBU BAPA)
14. En. Mazli b Wan Othman (Juru audit IBU BAPA)
15. En. Fairuzzudin b Abd Sattar (Juru audit GURU)
16. Pn. Sapura bt Mat Salleh (AJK GURU)
17. En. Baharuddin b Hamzah (AJK GURU)
18. En. Sivakumar a/l Doraisamy (AJK GURU)
19. Cik Hajah Norlida bt Hashim (AJK GURU)
20. En. Lew Yoon Lun (AJK GURU)



7.0 Membincangkan usul-usul
Usul 1: En Mohd Bahatir b. Zainul
a) Mengadakan kelas tambahan bagi pelajar Tingkatan Dua bagi persediaan menghadapi PMR.

*** Usul dibawa ke Mesyuarat AJK PIBG hadapan.
Usul 2: En. Ahmad Nafri b Abdul Manap
a) Pemasanagan telefon awam di bangunan baru.
b) Pihak sekolah membenarkan ibu bapa membawa kenderaan ke bangunan baru ketika hendak berjumpa anak.
c) Membaikpulih tandas di bangunan baru.

***Usul dibawa ke Mesyuarat AJK PIBG hadapan.
Usul 3: En. Razak b Husin
a) Perhimpunan hanya perlu dilakukan sekali dalam seminggu.
b) Menyediakan telefon awam di bangunan baru.
***Usul 3a) Tuan pengetua menjelaskan bahawa perhimpunan perlu dilakukan setiap hari bagi memaklumkan perkara penting kepada para pelajar.
Usul 3b) Pemasangan telefon awam di bangunan baru akan mengganggu perjalanan P&P disebabkan oleh pelajar kerap menggunakan telefon tersebut.

Usul 4: En. Kwong Pak Soon
a) Menaikkan prestasi sekolah
***Usul diterima tanpa bahas

Usul 5: En. Adnan b Mohamed Rapiai
a) Sediakan jadual yang tetap untuk kelas tambahan bagi memudahkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak.
***Usul diterima tanpa bahas

Usul 6: En. Ramachandran a/l Subramaniam
a) Semua kertas jawapan perlu dipulangkan semula kepada pelajar.
***Usul 6a) Tuan pengetua menjelaskan bahawa peperiksaan pada tahun lepas dijalankan hampir cuti akhir tahun. Oleh itu, guru perlu menyemak kertas pelajar pada masa cuti.

Usul 7: En. Mohd Bahatir b Zainul
Pn. Siti Fatimah Bt Jaikon @ Masudi
En. Adnan B Mohamed Rapiai
En. Ramachandran a/l Subramaniam
En. Ahmad Zainal b Ibrahim

a) Meluaskan laluan masuk dan keluar sekolah.
b) Meminta pihak sekolah melebarkan jalan masuk ke sekolah, mungkin dengan menebang pokok-pokok besar yang ada di sepanjang jalan. Bila dua kereta berselisih, agak bahaya bagi yang bermotosikal dan berbasikal.
c) Melebarkan kawasan pusingan-U untuk ibu bapa, mungkin dengan mengalihkan tempat letak kereta guru ke kawasan bersimen. Ini untuk mengatasi masalah kesesakan pada waktu pagi
***Usul 7a) dan 7b) Mantan YDP menjelaskan bahawa tanah di bahagian laluan masuk adalah milik persendirian. Jadi pihak JKR dan sekolah tidak boleh mengambil sebarang tindakan ke atas tanah tersebut.
Usul 7c) Tuan pengetua menjelaskan bahawa tempat letak kereta bagi guru-guru SMK Hamid Khan memang tidak mencukupi. Jadi kawasan bersimen tidak cukup untuk menampung jumlah kereta guru-guru.

Usul 8: En. Poon Wooi Chik
En. Muthamil Selvam a/l Thangamuthu
En. Kannesan a/l Kuppusamy
En. Woon Shiung Yoke
En. Subramaniam a/l Veeran
Pn. Puspavalli a/p Veelayutham
En. Rajendran a/l Krishnan
En. Maniam a/l Kamachie
Pn. Cheh Lai Fun
En. Chan Ee Pian
En. Leong Wye Yuan
En. Rahim B. Aripin
Pn. Enkiamah a/p Soorunarian

a) Jualan makanan di kantin dan koperasi sekolah tidak mencukupi.
b) Harga makanan di kantin sekolah mahal.
c) Jumlah pelajar dalam kelas terlalu ramai (4 Aktif).
d) Koperasi sekolah tidak beroperasi seperti biasa menyukarkan para pelajar untuk membeli buku dan makanan.
e) Guru di minta menasihati para pelajar supaya ke tandas pada setiap pertukaran waktu pembelajaran.
***Usul dibawa ke Mesyuarat AJK PIBG hadapan.

Usul 9: Pn. Siti Fatimah Osman
a) Menurunkan harga barang di koperasi sekolah
b) Membuat/ menambahkan hiasan dalam kelas.
***Usul dibawa ke Mesyuarat AJK PIBG hadapan.

Usul 10 : En. Rahim B. Aripin
a) Pihak pengusaha kantin sekolah diminta supaya menjual minuman yang tidak bergas

***Usul dibawa ke Mesyuarat AJK PIBG hadapan.

Usul 11 : Pn. Roziah Bt. Abdul Rahim
a) Menaik taraf pusat sumber sekolah
b) Menaik taraf koperasi sekolah.
c) Menaik taraf tandas sekolah

***Usul dibawa ke Mesyuarat AJK PIBG hadapan.

8.0 Ucapan YDP PIBG sesi 2010/2011
En. Sailan b. Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kerana melantik beliau sebagai YDP PIBG bagi sesi 2010/2011. Beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau.

9.0 Ucapan Penanggguhan
Perlu kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah agar tidak berlaku tuding- menuding atas masalah yang berlaku. SMK Hamid Khan adalah sebuah sekolah yang mempunyai prestasi pelajar yang baik dalam akademik, kokurikulum mahupun sahsiah sehingga ada pelajar dari tempat yang jauh sanggup dihantar bersekolah di SMK Hamid Khan.
Ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang telah hadir. Diharapkan mendapat kerjasama dalam setiap aktiviti dan program yang dianjurkan untuk kebaikan serta kemajuan anak-anak.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.20 petang.

Disediakan oleh,

(Pn. Shandlyati Bt. Sharimi)
Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36
SMK Hamid Khan, Tapah, Perak.


(Cik Siti Soleha Bt. Ramli)
Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36
SMK Hamid Khan, Tapah, Perak.

1 comment: